Pengikut

Selasa, 29 Oktober 2013

TTC: Policystic Ovary... Yes.. I am

Alhamdulillah, temujanji pertama dengan doktor pakar telah merungkai segalanya.

Setelah diperiksa, doktor mengesahkan aku mempunyai policystic ovary. Lama sudah aku baca pasal benda ni. Dan aku ada menunjukkan beberapa tanda policystic ovary ini. Jadi aku tak terkejut sangat bila doktor bagitau hal ini cuma sedih sikit bila aku fikirkan sebelum ini adalah betul. Aku tak tulis PCOS (policystic ovary syndrom) sebab aku tak pasti tentang ini. Kerana,  ada policystic ovary tidak bermaksud ada PCOS. Jadi kena tunggu temujanji seterusnya untuk mengesahkan.

''Not all women with PCOS have polycystic ovaries (PCO), nor do all women with ovarian cysts have PCOS' - Wikipedia

Secara mudahnya, policystic ovary bermaksud.... telur yang tidak matang tidak berjaya keluar dari kantung. Bila banyak (poli), kantung telur itu berkumpul di ovari. Ini menjelaskan kenapa AF tidak datang setiap bulan.

Doktor juga menyatakan dinding rahim (i think so) tebal. Mungkin ada darah yang melekat-lekat di belakang rahim. Bila doktor cakap pasal melekat ni, teringat aku pada kakak tukang urut aku. Dia kata perut aku macam melekat-lekat. Dia pun tak pandai nak jelaskan macam mana.

Jadi untuk 10 hari ini, doktor bekalkan Duphaston supaya AF datang. Juga buat blood test untuk tengok pelbagai jenis hormon dalam badan ni. (Sorry, tak dapat nak ingat apakah nama ujian-ujian itu). Lepas habis makan Duphaston, dalam 10 hari lepas itu dijangka AF akan datang. Hari ke-3 AF datang, aku kena puasa untuk buat blood test lagi. Hari ke-12 lepas AF datang, baru jumpa balik doktor, untuk lihat result blood test, dan lihat keadaan ovari lagi sekali.

Keadaan ini menjelaskan juga kenapa susah sangat berat badan aku nak turun.

Doktor siap pesan,

"awak kena lebih usaha sikit untuk berjaya turunkan berat badan. Memang orang yang ada kes macam ni susah nak turun berat badan".

Ok,Chaiyok, chaiyok!




1 ulasan:

  1. semoga awk berjaya untuk semuaaaa yg awk usaha kan :) usaha,doa dan tawakal ye :) insyaallah :))

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...